PitchMyStory Newswire
NEO ASSET UKIR NAMA PENTAS ANTARABANGSA, RAIH ANUGERAH MEEDC 2026
Pengiktirafan berprestij bukti kekuatan strategi pelaburan hartanah milik syarikat tempatan
KUALA LUMPUR – Neo Asset Sdn Bhd terus mengukir nama apabila dinobatkan penerima Anugerah Kecemerlangan Pelaburan Hartanah Strategik dan Pengurusan Aset MEEDC 2026
Anugerah berprestij itu diterima Pengerusinya, Muhammad Kamal Maula Mohd Zali, di Majlis Anugerah Perniagaan Antarabangsa MEEDC 2026 (MIBA 2026) di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, pada 17 Oktober lalu.
Majlis gilang-gemilang anjuran MEEDC Malaysia itu menghimpunkan barisan usahawan, pemimpin korporat, pelabur dan rakan strategik antarabangsa, bagi meraikan perniagaan yang menonjolkan kecemerlangan, inovasi dan impak.
“Anugerah ini bukan sekadar trofi. Ia bukti bahawa strategi kami membina nilai daripada tanah berada di landasan yang betul,” kata Muhammad Kamal.
“Kami terima pengiktirafan ini sebagai amanah untuk bergerak lebih pantas, lebih besar dan dengan tadbir urus yang lebih kukuh. Ini baru permulaan,” tegasnya.
Beribu pejabat di Menara Shaftsbury, Putrajaya, Neo Asset memfokuskan pemerolehan tanah strategik, pembangunan aset dan pengurusan aset jangka panjang.
Syarikat kini memiliki hartanah seluas 32 ekar, dengan sasaran mencecah 300 ekar dalam tempoh lima tahun
Kejayaan ini turut mencerminkan kepimpinan Pengarah Urusan, Dr Muhd Nazmi Abas, yang memacu strategi pemerolehan tanah syarikat dengan visi jangka panjang dan tadbir urus yang berdisiplin.
“Kami mahu buktikan syarikat milik tempatan boleh membina portfolio aset yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” kata Muhammad Kamal.
Media contact
Muhd nazmi bin abas
nada_nady89@yahoo.com
https://neoasset.com.my/